Saturday, December 11, 2010

Pertemuan dan perpisahan

          Setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan sebuah perpisahan.Itu aku sangat yakin.Samaada perpisahan yg berlaku itu berbentuk sementara atau selamanya itu terpulang kepada kuasa Allah..DIA yg menentukan segalanya.Aku hanya mahu bagitahu bahawa zaman persekolahan ku telah pun tamat beberapa hari yang lepas.Sungguh saat pertama aku tinggalkan alam persekolahan,aku rasa sangat gembira.Aku bukanlah orang yang suka pergi ke sekolah.dalam sebulan pasti 4-5 aku tak hadir..Aku suka belajar tapi bukan sekolah.Walaupun begitu,aku bukanlah seorang bodoh aku antara pelajar yang sering dpt top5 dlm kelas.Kelasku aliran sains tulen.

         Hari pertama tamat sekolah.Perasaan aku masih rasa biasa.Beberapa hari kemudian aku dpt rasa satu perasaan sebak.aku tahu saat tu aku sangat rindu dengan kawan2 kelas..Kami sangat rapat.Bila aku bukak facebook aku nampak gambar seorang boy(kenali beliau sbgi z) dari kelas aku dgn gf dia..gf dia muda setahun dari kami.Aku rapat jugak dgn dia..Aku mula rapat dgn z sejak akhir tahun lepas.Perasaan aku hanya normal pada mulanya.Semakin hari aku tahu aku sudah jatuh hati dgn dia.tapi aku tak pernah luahkan perasaan ku kepada z.sbb aku tahu dia dah ada gf.aku cuba singkirkan perasaan bodoh tu.tapi aku tak mampu.aku berdoa kpd Allah agar aku lupakan z.masih juga gagal.Mimpi malam ku pasti ada z.yg lebih parah apabila aku mimpi dia adalh calon suamiku.

              Ya Allah,sunguh aku tak mampu lagi menahan rindu pada dia.gelak tawa dia..Dah hampir sebulan kami tak bertegur sapa.Kami khusyuk dgn spm.tapi setiap saat, aku xpernah lupakan dia.aku tak pernah salahkan takdir sebab aku kenal dgn dia.setiap perjalanan manusia tu pasti ada hikmanya.aku harap sangat ukhwah kami akan bersimpul padu..Kalau ni adalah ujian dari Kau YA Allah,aku berdoa agar kau tetapkanlah iman hamba mu ni ya rahman ya rahim.Jika satu hari nanti aku perlu salurkan cintaku kepada seseorang yg bernama lelaki biarlah lelaki itu menyintai mu lebih drpda ku Ya Allah.aku tak mahu tersungkur dek kerana cinta.

          Sudah lama aku xdengar khabar z.perasaan aku terhadap z sangat pelik tak seperti lelaki yang pernah aku minat sebelum ni.Aku sendiri tak dpt nak jelaskannya..aku tak tahu kenapa aku boleh begitu yakin bahawa dialah orang yg bakal menjadikan aku isterinya.tak pernah aku rasa seperti ni.aku berperang dgn perasaanku sendiri.tapi sampai bila aku pun tak pasti.aku harap ia tidak infinity.Sekian.aku harap z sentiasa dalam lindungan Allah.

No comments:

Post a Comment