Saturday, December 11, 2010

Wanita dan aurat.

Kali ni biarlah aku bercakap tentang soal wanita pulak..Korang rasa aku pakai tudung ke tak??haa??cubalah fikir yer..Aku duduk dekat kl ni dari kecik lagi,kalau dah namanya kl mcm2 jenis manusia ada.Aku nak ckp pasal perempuan sebab aku kan perempuan.=).kalau aku pergi jalan2 dekat pavi ke,bb ke,klcc ke aku dpt lihat bermacam2 jenis fesyen pakaian dan warna rambut.dari yg bertudung labuh sampailah yg nampak dada.dari yg rambut hitam sampailah yg bewarna-warni.meriah sungguh.=D..tapi aku belumlah sempurna sebagai seorang muslimah sejati.sekadar berkongsi pendapat aje..bagi aku,kalau yg tak pakai tudung tu tak kisah lar kan.dosa tetap dosa tapi sendiri fikirlah.

a)wanita bertudung dan menjaga hukum 
-maksudnya,wanita ni memakai tudung seperti yg telah ditetapkan.iaitu labuh menutupi dada dan tidak seperti bonggol unta.sungguh aku kagum dengan wanita mcm ni.aku harap sangat aku dpt jadi mcm diorang satu hari nanti.Insyaallah.jaga hukum pula maksudnya dia tahu hukum haram halal dan sbgainya.sbgi contohnya,ayu keluar dengan kawan2 dia (laki dan perempuan) ,tiba2 ada kwn laki dia nie nak gatal2 and nak pegang tangan ayu ni.tapi ayu tolak dgn cara baik.haa,sbb ape ayu ni tolak??sebabnya dia tahu hukum2 syarak.yelar mana boleh pegang tangan dgn org ajnabi kan.bagi aku kalau ada org mcm nie,aku nak jdkan dia kawan larh.hehe

b)wanita bertudung tapi tak hebat bab agama
-wanita kedua ni pula dia bertudung.tetapi ala kadar je.maksudnya dia pakai dia atas drpd paras dada dan berfesyen seperti sangul semua tu.aku tahu,sekarang nie ramai perempuan yg tgolong dlm kelas ni.tapi belum terlambat untuk berubah.better late than never kan??wanita mcm nie aku selalu nampak berpegang tangan dgn lelaki dekat tempat2 shopping.tak kan bapak kot??muda sangat pulak nampak..abang atau adik??betul ke hubungan adik beradik rapat sampai mcm tu skalikan??=)..mungkin dia angap bf dia mcm ayah dia kot.yelarh couple2 sekarang nie kalau msg ada yg gune mama papa lar..tu yg tsalah angap kot.hehe

c)wanita tak bertudung dan faham bab hukum
-okay aku ade kwn mcm nie.dia baik jer..dia freehair,tapi bab pergaulan antara laki dan perempuan dia sangat jaga.bila aku tanya kenapa xpakai tudung?dia ckp doakan la agar dia cepat pakai tudung.dia jugak ckp yg dia nak pakai tapi bila dia pakai tudung  semua kene jaga sebab kita dah bawak imej islam yg lebih kuat.betul la apa yg dia ckp.cuba tgk kebanyakan org yg kene tangkap basah tue dorg pakai tudung apa.kan dah malu kan imej islam tue..kawan aku nie mahir kot bab agama,dan dia ckp kat aku yg walau teruk manapun kita,solat tu jgn lupe,sbb tulah hubungan kita yg paling kuat dgn Pencipta.aku kagum sangatttttt..aku harap kau bakal menjadi muslimah sejati satu hari nanti.


d)wanita tak bertudung dan xtahu hukum
-wanita mcm ni pun ramai jgk..yg nie sama2 larh kita doakan dia,agar bertaubat.Amin

Sekian dari ku.salam.

Pertemuan dan perpisahan

          Setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan sebuah perpisahan.Itu aku sangat yakin.Samaada perpisahan yg berlaku itu berbentuk sementara atau selamanya itu terpulang kepada kuasa Allah..DIA yg menentukan segalanya.Aku hanya mahu bagitahu bahawa zaman persekolahan ku telah pun tamat beberapa hari yang lepas.Sungguh saat pertama aku tinggalkan alam persekolahan,aku rasa sangat gembira.Aku bukanlah orang yang suka pergi ke sekolah.dalam sebulan pasti 4-5 aku tak hadir..Aku suka belajar tapi bukan sekolah.Walaupun begitu,aku bukanlah seorang bodoh aku antara pelajar yang sering dpt top5 dlm kelas.Kelasku aliran sains tulen.

         Hari pertama tamat sekolah.Perasaan aku masih rasa biasa.Beberapa hari kemudian aku dpt rasa satu perasaan sebak.aku tahu saat tu aku sangat rindu dengan kawan2 kelas..Kami sangat rapat.Bila aku bukak facebook aku nampak gambar seorang boy(kenali beliau sbgi z) dari kelas aku dgn gf dia..gf dia muda setahun dari kami.Aku rapat jugak dgn dia..Aku mula rapat dgn z sejak akhir tahun lepas.Perasaan aku hanya normal pada mulanya.Semakin hari aku tahu aku sudah jatuh hati dgn dia.tapi aku tak pernah luahkan perasaan ku kepada z.sbb aku tahu dia dah ada gf.aku cuba singkirkan perasaan bodoh tu.tapi aku tak mampu.aku berdoa kpd Allah agar aku lupakan z.masih juga gagal.Mimpi malam ku pasti ada z.yg lebih parah apabila aku mimpi dia adalh calon suamiku.

              Ya Allah,sunguh aku tak mampu lagi menahan rindu pada dia.gelak tawa dia..Dah hampir sebulan kami tak bertegur sapa.Kami khusyuk dgn spm.tapi setiap saat, aku xpernah lupakan dia.aku tak pernah salahkan takdir sebab aku kenal dgn dia.setiap perjalanan manusia tu pasti ada hikmanya.aku harap sangat ukhwah kami akan bersimpul padu..Kalau ni adalah ujian dari Kau YA Allah,aku berdoa agar kau tetapkanlah iman hamba mu ni ya rahman ya rahim.Jika satu hari nanti aku perlu salurkan cintaku kepada seseorang yg bernama lelaki biarlah lelaki itu menyintai mu lebih drpda ku Ya Allah.aku tak mahu tersungkur dek kerana cinta.

          Sudah lama aku xdengar khabar z.perasaan aku terhadap z sangat pelik tak seperti lelaki yang pernah aku minat sebelum ni.Aku sendiri tak dpt nak jelaskannya..aku tak tahu kenapa aku boleh begitu yakin bahawa dialah orang yg bakal menjadikan aku isterinya.tak pernah aku rasa seperti ni.aku berperang dgn perasaanku sendiri.tapi sampai bila aku pun tak pasti.aku harap ia tidak infinity.Sekian.aku harap z sentiasa dalam lindungan Allah.

Ini Kisahku

Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah entry pertama untuk blog ini.Tak perlulah tahu siapa diriku ini.aku hanyalah manusia biasa yang telah hidup di atas muka bumi Allah selama lebih kurang 18 thn..Tujuan aku menulis blog ini bukanlah untuk mengedik (jika ada yg berangapan demikian) ketahuilah bahawa aku menulis ni kerana aku tak pandai meluahkan perasaanku kepada orang lain.Aku takut jika aku meluahkan perasaan ada pula yg akan menjauhkan diri pada ku dan berkata yg buruk pasalku.cukuplah anda saja menjadi tempat ku meluahkan perasaan dan pandangan  tentang kehidupan.Apa yang bakal ditulis dlm blog ini adalah hasil tangan saya sendiri kecuali dinyatakan.Sekian untuk kali ni.Salam